Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

TIRAMISU

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

hello, hari ni saya nak kongsi resepi tiramisu. Dah 2x cuba buat tiramisu ni. Sedap! Sukaa :) coz i'm tiramisu lover! Resepi ni paling simple setakat yg saya jumpe kat blog...so thnxs to FL ye.
The most important....maYra pun suka mkn tiramisu ni. Tak habis2..."mummy, nak kek yuyu!"

yuyu = birthday to u ~tgk punyela pnjng ayat tu, dia short form kan aje! haishhh...kakak..kakak, mcmn nak gi school nxt year ni??

RESEPI : TIRAMISU

Bahan-bahan
250g cream cheese
250g whipped cream
150g gula
coffee layer cake
1/2 paket nescafe or mocha 3in1 (for garnishing purpose)

Cara-cara
Potong & susun coffee layer cake dalam baking tin (1st layer)
Beat cream cheese, whipped cream & gula with hand mixer until creamy
Tuang mixture tadi diatas lapisan cake yang pertama
Susun selapis lagi cake diatas mixture tadi (2nd layer)
Tuang mixture diatas lapisan cake yang kedua
Repeat the step until finish
Taburkan 1/4 or 1/2 paket of nescafe 3in1 for ganish
Simpan dalam fridge overnight





tiramisu lover,

Tuesday, February 1, 2011

My Dalca Ayam


Hari ni masak dalca ayam... tetiba teringin nak mkn dalca le pulak. Mula ingat nk masak nasi minyak sekali. Tp tetiba malas la nk masak nasi minyak. Eh..boleh lak "tetiba" sume kan!

Bahan-bahan

ayam ( dipotong kecil ) - suka hati la nak bnyk mana...
1 biji kentang ( potong 4 ) - ikut suka la, mcm sy cukup utk sy n maYra- mr hubby tak mkn sayur sume
1 biji terung bulat ( potong 4 )
3 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci)
1 batang karot ( potong memanjang)
1 biji tomato ( potong 4 )
1 biji cili hijau ( belah 2 )
1cawan santan pekat
air secukupnya ( anggaran 1-2 cawan air )
1 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk)
1 labu bawang besar ( di tumbuk) - sebelum ditumbuk ambil sikit bawang- hiris (untuk menumis)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari
minyak untuk menumis
garam



lebih sedap tumbuk dari blend (org cakap la)

santan pekat

bawang merah yg dihiris, 4 sekawan & bahan tumbuk

sayur yg telah dipotong

ayam yg dipotong kecil

serbuk kari (kalau ade daun kari lg sedap)

kacang dhal yg telah direbus

Cara membuatnya

1. Tumis bawang yg dihiris, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga layu kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis lg hingga naik bau/wangi, seterusnya masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.

2. Masukkan ayam dan kentang, masak hingga kecut dan empuk .

3. Kemudian masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran (masukkan sayur yg keras spt carrot dlu..dah nk masak baru masuk tomato). Bila sayur sudah masak, masukkan garam secukup rasa.

Sedia untuk dihidang & makan!!!!


siap masak - fresh dari dalam kuali


Menu lunch weols hari ni...dalca ayam, ikan goreng & sambal belacan.




Saturday, October 30, 2010

My 1st try ~ Chocolate Cheese Brownies

Credit to mamatisya coz sudi berkongsi resepi....
I mmg suka cheese cake, so ape lagi.....balik keje last thursday terus ajak hubby gi cr4 coz nak shop bahan2 cake. Around 93opm bermula lah operasi....

ok, here , me also wanna share the secret recipe. Then uolls can try it @ home okeh!

But b4 that, kene tgk gambar dulu....bagi semangat ckit...


hias mengikut kreativiti masing2 ye, since I tak bape nak kreatif..ni la hasilnye..

boleh aaarrr...

Pastikan ada :-

-loyang yg blh bukak dari tepi atau bawah tu (kalau takde gi la beli)~ kalau xnak beli gak, suka uols lah ye
-aluminuim foil
-pengukus


BAHAN-BAHAN

untuk lapisan coklat

200 gm majern/mentega
200 gm dark chocolate/coklat masakan
170 gm tepung gandum - diayak
30 gm serbuk koko - diayak
170gm gula halus/kastor
4 biji telur gred A


untuk lapisan cheese

250 gm cream chesse (philedelphia)
60 gm gula halus/kastor
25 ml air
1 biji telur gred A

untuk topping

300 gm coklat masakan
120 ml whipping cream
1 sudu besar majerin/mentega

untuk hiasan

buah strawberry


CARA-CARA

-panaskan pengukus siap2, loyang tu sapu le dgn majerin
-cairkan majerin/mentega + coklat masakan guna kaedah double boil
-bila sudah cair ketepikan dulu

-sementara tu masukkan telur dan gula dlm mix bowl. Pu
tar sampai kembang
-kemudian,masukkan serbuk koko dan tepung sedikit demi sedikit. Kacau guna whisk ataupun spatula, jgn guna mixer lagi sbb takut kek jadi bantat
-kacau rata dan sebati sampai hilang ketul.
-then, masukkan coklat + mentega yg telah dicairkan tadi. Tuang separuh adunan ke dalam loyang. (separuh lagi ketepi kan dulu)
-Tutup dgn aluminium foil utk elakkan air menitik atas kek.
-Masukkan dlm pengukus & kukus lebih kurang 15 minit

-Sementara tggu lapisan coklat tu masak, kita buat lapisan cheese pulak.
-Masukkan semua bahan utk lapisan cheese kecuali telur dlm mixer. Pukul sampai kembang baru masukkan telur, then pukul sekejap lagi.
-Tuang atas lapisan coklat yg kita kukus tadi. Tutup n kukus lagi lebih kurang 20 minit.
-Bila lapisan cheese tu dah masak, tuang pulang balance lapisan coklat tadi (kita tuang separuh je tadi kan)
-Kukus lagi dalam 20 minit.
-Dah masak biarkan sejuk

-Lastly, kita buat topping pulak.
-Cairkan semua bahan2 topping guna kaedah double boil mcm tadi.
-Kacau sampai likat dan licin.
-Then, tuang ler atas kek kita yg dah masak tu..biar dia meleleh secara semulajadi.
-Hiaslah mengikut kreativiti & citarasa uols.
-Dah siap simpan dalam peti ais.



siyes...sedap!!!