Tuesday, April 26, 2011

ADAM HARITH : 9 months old

Ok hari ni adam harith has turn to 9 months old. But yet i still rasa macam baru bulan lepas je gave birth. Muahahaha, boleh mcm tu. How time flies so fast...dem!



Gigi adam harith dah ade 8batang...banyak kan! He's teething so fast as well. Well done sayang! But, there is sumthing yg i konpius ngan adam ni, still malas nak merangkak. Sekarang ni asyik nak berdiri je...Dia dah tak suka duduk lama2, berdiri lama2 xpe..letak la dia kat sofa or katil(berdiri kan dia)...bukan main suka lagi...nak2 kalau kite 'tak teh' kan dia jalan...sengih sampai ke telinge!




ohw nak cite budak gemuk ni adalah sgt kuat mkn & menyusu. Kalau susu tu 1 botol besar = 8 oz adalh tidak cukup ok! Stok susu 3 pack = 3kg sebulan. Makan pun sama, nestum 1 mangkuk penuh x cukup..."makan syg makan, selagi mau ye..." dukung dia skrng mmg tak larat..lenguh tangan dbuatnye. Cepat la kau b'jalan nak oi.



Hari ni adam harith tak bape sihat, pg td dia selesema, kesian leleh je..maYra pulak batuk. So, blk keje ni nak bwk both gi klinik, lg pun nak amik vitamin maYra skli....dh abis stok.


yg lenguh tangan m'dukung si gemuk,


miLKADeAL : Let’s Cuti in Krabi!


Pernah pergi Krabi tak.??? Ape? Pernah? Ok yang dah pernah pergi duk diam2 eh...Bagi sape yg tak pernah pergi, come....lets grab the opportunity juz only....

RM199 instead of RM399 for 3D 2N Krabi Free & Easy Package: Return airport transfers + 2 Nights Hotel Room + 3 Meals + 1/2 Day City Tour PER PERSON with Cuti Cuti Island, Dataran Mentari Sunway [50% OFF]


Hye....50% OFF tau..BEST tu!!


For those who newly wed, sgt sesuai la nak pergi for ur H0n3Ym00N ok....Well, bg yg dah lama kawin pun boleh pergi jgk celebrate anniversary..



WOoooo...terbaik, sgt cantik kan!


Interested???? and need more details??? sila klik SiNi


enjoy ur trip!,




Saturday, April 23, 2011

TAKDIR TUHAN


Jangan Sombong Dengan Takdir

Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.

Iblis

Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat kehambaannya!

Takdir Dan Iman Kita

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua aku orang semacam dia? Kenapa anak aku cacat? Mengapa isteri tersayang aku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha?

Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.

Katakan, "ya Allah... sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir-Mu."

Takdir Mengatasi Tadbir

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan.

Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari...

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.

Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Apa Khabar Iman Anda?

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Bersangka Baik Dengan Allah

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain.

Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)

Nikmat Allah

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya?

Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."

Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"

credit to :

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1324-jangan-sombong-dengan-takdir.html


insaf,

Friday, April 22, 2011

miLKADeAL : Professional Baking & Decorating Class

Nak belajar buat cakes, cupcakes or cookies tak?






Best kan kalau pandai buat cake, siap deco lg....if birthday anak2 or family blh buat sendiri. tak payah beli2 dah kan....mcm blogger sorang ni, terbaik wo cake2 dia. tu dah kategori expert. Tabik spring la dgn kau liza!

So kalau uols nak jadi mcm dia....kene pergi kelas..

RM65 instead of RM180 for 3 HOURS of Professional Baking & Decorating class - Cookies, Cupcakes OR Cakes at Sugarflours, Bangi [64% OFF]...



WoW...Sound great kan!!!?


nak cuba....??? for more info blh klik SINI

Cepat sebelum terlambat ok...


yg buat kek ala-ala je,


Tuesday, April 12, 2011

Bersuke rie di SL

Ce cite...ce cite... ^_^ lawak giler la c usop wilcha tu. Tak sangka glemer sungguh dia skrng. Ni sume gara2 cite HKLBR... Serius cite tu mmg lawak giler. Tgk seploh kali pun tak hingat nye gelak. Mmg ade rsa mcm lawak bodoh, tp mmg lawak lah. Sbb dia xde la lawak bodoh bebenor, lawak yg comel. Mmg sesuai la utk nk release tension/stress...Kat twitter, fb, blog & mana2 je la merata2 org duk gunakan dialog cite tu. Teman, as a Perakian ofcoz la bangga wey. Ate directornye dan c usop wilcha tu kan org kampung teman. Loghat kg teman glemer skrng yop! :)

Ayat plng femes org guna : "kite bako...kite bako."

Si maYra pun, sikit2... "mama..mama... ite ako..ite ako!" Masa mula2 dengar duk la pikir apekebende ko merepek ni syg...lama2 tu baru phm. Ha ce tgk, sampi ke budak kecik penangan c usop wilcha ni. Lg satu, maYra kalau sebut hantu kak limah tu, lawak lak bunyinye, "antu imah!" Eh ok, dah out of topic lah sebenarnye. Actually nak cite bende lain...hehehhe. Ni ade yg nak kene bako krng ni. (",)


Cerite di atas adalah sekadar selingan shj. Cerite sebenar adalah di bawah ye.


Sabtu lepas, me & family gi outing ke sunway lagoon. Dah lama dah postponed. Dari minggu ke minggu nak pergi tak pergi2. Alasannye, duk menunggu org2 yg nak join, alih2 tak jadi. Buang masa ok, kalau tau dari awal dah pergi dulu. So, utk tdk membuang masa lg, pergi la kami 4 beranak shj. 4org pun fun jugak :)

Even-though bkn cuti sekolah, tp orang still penuh espeacially foreigner...cuma tak pack sgt la. Kalau cuti sekolah mesti sesak punye kan. So, blh la main permainan kat sna bnyk2 kali pun xpe coz tak perlu q panjang. Cuaca pun terbaik. For me, permainan outdoor kat cni so-so shj..best lg kat Genting. Cumanye kat cni ade waterpark la kan.


Setakat naik bende alah ni...alahai tak mencabar langsung (velagak ok!). Kalau naik spaceshot mcm kat genting tu mak takut la jgk...serius seriau..


Happy sebenarnye bile tgk anak2 have so much fun there :)

Kat sini ade beach jugak...

1 of our way to spent time together by having cuti2 m'sia ;)

yes, we really enjoy and had so much fun together.

excited mengikut tarian few entertainer on stage tu..




adam harith yg penakut...rendam dlm air je dh jerit..myb he feel insecure


Adam b'sama peminat.


Wild Life Park.

World's longest pedestrian suspension bridge ok... -428m-

Masa mula2 ok. Bila dah sampai kat tengah2 bridge aku dah rasa cuak giler. Gayat ok. rasa nak patah balik je. Tp bile hubby tnye, "u knpe, gayat ke?" Owh dan2 i buat muka selamber and teruskan p'jlnan. Dlm hati "ow em gi!!" B4 this i ok je naik suspension bridge, tp myb this 1 is the longest 1...angin kuat lak tu. The best part is si adam. boleh lak dia tertidur kat atas bridge sepnjng p'jlnan tu. tau la angin kuat...lena ok.


**kualiti camera adalah sgt hazab!!! i need new camera plssssssssssssssss ;)

p/s : 15 - 17 Apr ade PC Fair kat KLCC


Friday, April 1, 2011

VISIT BABY MIA

Lunch time tadi me, zeera & fazila ke Putrajaya for visiting newborn baby gurl diLa. On the way, call dila dia ckp dia still kat hospital lagi nak settlekan urusan discharged. So, weols direct ke Alamanda dulu utk lunch and at the mean time nak shop gift utk baby Mia.


on the way

Sampai Alamanda 12.30pm, jalan tak jem so 20 minutes from KL. 1st shop gift baby Mia @ Anakku. Then, gi makan kat foodcourt. On the way ke foodcourt tu nampak la org ramai berkerumun kat tgh2 mall...rupanye ade event Dato' Siti berjumpe peminat utk produk SimplySiti.





Lepas makan gerak ke rumah Dila. Actually dia pun baru sampai dari hospital...owh ni 1st time weols jejak kaki ke rumah baru dila, b4 this dia stay kat kajang but now dah move ke kuarters gov kat Presint 5.

ok, presenting baby Mia.... born on 29 mac 2011, 3pm, weight 1.97kg...


so cute la u baby...

Dila ckp nama tak official lagi. Maybe Damia Qistina Zara.

tetibe terasa nak baby lagi ^_^
what the....?

suke cium bau baby...masham shedap!! :p


u r next!!!


us - completed -

Ok, gerak dari umah dila kul 2.50pm. Masuk KL je jalan jem. Sampai ofis sharp 3.30pm...

p/s: Next time weols dtg visit u baby Mia lagi ok.

Luv,