Monday, December 19, 2011

wedding zikry ♥ aisyah

As Salam...

dah lama tak update blog...dari sehari ke sehari nak update tp tak berpeluang coz "mak bz nyah" hihihi

Bukan ape aritu bz ngn forum, then bz ngan audit...nasib baik tak kene outstation di luar kawasan. Kali ni audit kat area Selangor je. Tp audit kali ni sgt memenatkan. Maklumla masuk kuari kan. Uols pernah masuk kuari x? For me, this is my 2nd time. 1st masa zmn study dlu ade wat assingmnt psl kuari ni.

ni masa jd secretariat utk Forum Kualiti Penurapan Jalan kat pwtc on 13 dec 2011.


menu paling marbeles msa forum tu adlh bread pudding, serius mantap beb!

new experienced for me. w/p penat, panas/bahang, abis basah kuyup ketiak sume tp bnyk knowledge yg aku belajar kat cni. Best!

kak hani


audit team

beriye aku nak bergambo atas ni...ye ar bkn senang aku nak pnjat naik. Menggigil kaki aku. Aku ni gayat sikit kt tpt tinggi. Dengan menahan panas & bahangnye segala aggregate & bitumen dlm hot bins tu....phewwww. Finally, managed to do it. ;)

lunch at Tupai-tupai... recommended! Sedap

day 1 - lunch at Tupai-Tupai Kajang


day 2 - weols lunch at Kari Kepala Ikan SG (sri gombak)


mabeles ayaq nyoq

Actually bkn nak cite psl keje. Tp dah t'cerite pun! hihihi.... :P
Entry ni nak story psl wedding nephew side my hubby. Yela, selagi tak abis cuti sekolah selagi tu la evry weekend ade org kawin. Alhamdulillah mereka org2 yg terpilih utk mendirikan masjid. ^___^

congrats zikry & aisyah


maknjang, jaja & mil

wedding zikry kat seremban side perempuan. Bln feb nnt side zikry lak kat jb. Lps wedding kami ke Melaka lak, sj jalan2 bwk org penang pi ronda2 melaka.


mata sume ade shining2...jd alien skjp hahaha


nite at Jonker Walk


ok daaaa...itu je citenye. Bye!

Wednesday, December 7, 2011

Huhahuha

Assalamualaikum & Morningggg

Last weekend, kitaorng gi huhahuha kat wangsawalk. Plannye nak gi main bowling. Coz b4 this dah plan masa kazen2 dr ipoh dtg kenduri ime&herry last time. But at that time x jd, dh lewat sgt kitaorg g, bowling centre pun dah tutup! Kempunan ocen nk berentap...tau la hang terror!

So, b4 game kitaorg lunch dlu kat ayam penyet ria. Serius X sdp! Myb x kene ngn tekak aku +++ pulak diserang ulser...kt lidah pulak tu. Spoil betul. Hilang terus nikmat makan aku! W/p selera mkn ttp ada tp giler sakit dowh nk mkn...potong betul la!!! ;(




Adam msa tgh mkn...mkn hati dia tgk kakak main kt playground. Suke tpt mkn yg ada playground coz senang aku dpt mkn dgn tenang...hihihi


Ramai giler org sampai kne tgu giliran. Tp disebabkn mmg gian sgt nak main, waiting list pun sanggup! Xde le hebat mn pun..saje suke2 buang peluh. Buang peluh ke pun! Hahaha

While waiting lets camwhore, ade gak paedahnye! ^___^



Ni adik ipo aku - acha. Mamat ni pun suke cam whore gak! Husb aku je yg bolayan bab2 bergambo ni ;P




Nukman & cda















Cube tgk sume gambo xde 1 pun yg husb aku pndng camera..kan? nk tngkp gambo pun susah....lol tsk!



Susah kot nk cari bola bowling yg 8kg. Aku klu main mmg larat angkt yg 8kg je. Hikhikhik



Acha 4th place



Nukman no. 1, tp no. 1 last. Muahaha. Sp kalah kne treat mkn ;))
mamat ni biase xdele terok sgt sampai no last. ntah ape kenenye ari tu ntah!
jiwa kacau kot...




Cda : 2nd place. Tp x aci tau, tu pun dgn bantuan nukman. X aci huhuhu



Mamat poyo ni juara! Fyi, this is his 1st time main. Blh pulak mng..ceh!!! Mng nasib je tu.
Nmpk sgt kitaorg sume ni x terror kan! Muahahaha...

Yg kalah tu sume x blh accept mamat ni mng, bg la alasan tpt x best la, licin la, bg can la....hihihi standard la tu kan bl sdh kalah. Cube ko mng, setahun x abis cite huhuhu!

Aku? 3rd place. Not that bad rite... :)

* tq acha treat us @ nz. Nukman u still owe us coz dah deal kan sp kalah blnje mkn. ;)
Acha, jgn lupe ikn bkr @ pd nnt ;)

Okbai

- Posted using BlogPress from my iPhone4

Tuesday, December 6, 2011

Memberi Nama-Nama Islam Yang Baik Untuk Anak

#Artikel # : Memberi Nama-Nama Islam Yang Baik Untuk Anak #

Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang.

Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya. Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama. Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu."

Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam. Memilih nama perlu ada tujuan. Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu. Bukankah panggilan itu mengandungi doa? Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.

Jika seorang anak itu namanya 'Mujahid' yang bermaksud seorang pejuang atau orang yang berjihad, setiap orang akan memanggilnya dengan gelaran pejuang. Secara tidak langsung dia didoakan untuk menjadi pejuang pada jalan Allah SWT.

Sebaliknya jika seorang itu dinamakan dengan nama 'Hazan' yang bermaksud berdukacita, setiap orang akan memanggilnya sebagai seorang yang sedang sedih dan berdukacita. Secara tidak langsung pangilan demi panggilan itu boleh memberikan kesan kepadanya.


Nama Yang Tidak Baik

Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif.

Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti Natasya, Zana, Susan, Hyfa, Dayanty atau seumpamanya. Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir. Ada juga yang menggabung jalin nama ibu dan bapa. Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu.

Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna 'Manusia yang Bodoh'.

Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.

Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya 'Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa.

Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya. Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud Hamba-Nya.

Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd Felda, Nor Malaysia, Saiful Johori, Mohd Toyota, Siti Sukom dan seumpamanya.

Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat. Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain.

Rasulullah SAW pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik.

Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA mempunyai seorang anak perempuan namanya 'Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah SAW menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).

Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak.

Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia. Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat. Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.


Nama Yang Baik

Rasullullah SAW menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik.

Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para sahabat seperti Mus'ab, Mu'az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para 'ulama' seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai'i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al 'Izz dan lain-lain.Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.

Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah 'Abd.

Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu'izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini.

Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab.

Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam. Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.

Kesimpulannya, ibu bapa yang akan menyambut bayi perlu membuat persediaan awal sebelum tiba masa kelahiran. Persediaan seperti, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan bertafakur serta mencari nama yang sesuai untuk anak perlu diutamakan. Sebagai pendidik, ibu dan bapa tidak boleh mengambil lewa soal-soal ini. Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari.

credit to : iluvislam.com


nama maYra, husb aku yg pilih...ikutkan my mil nak letak nama Tengku Nur Alissya...insyaAllah nxt la ye ^___^


Tengku Nur Humayra Safiya
Cahaya, Yang Berpipi Merah, a Virtuous Lady/Perempuan Mulia/Suci

maYra day 1

maYra day 45

maYra 10 months

maYra 2 yr


maYra 3yr

maYra 3 yr +++



nama adam, aku sndri yg pilih. Coz aku mmg suker giler nama ADAM. At first husb aku nk letak Tengku Adam Yusuff, ntah mcmn blh jd adam harith ye... *___*

Tengku Muhammad Adam Harith
Yang Terpuji, Ikutan/Tauladan/Nama Nabi, Yang Kuat Berusaha/Bijaksana


both pics - adam day 1

adam 1 yr

adam 1 yr 2 months

adam 1 yr 4 months


Semoga mayra & adam akan m'jadi insan sebaik maksud namanya.
Amin....

Sunday, December 4, 2011

Ombak Rindu

Last friday aku & kak hani dah plan nk g tgk ombak rindu. Dah lama giler kot plan ni...dr msa che pah blm cuti bersalin lg. Giler semangat kata ko. At first kitaorng mmg nk bli tiket via online tp since tgu loading ++ processing nye berabad lamanye, so sile abaikam shj. lets gamble.

Kitaorng decided nk tgk kt wangsawalk memandangkn klcc, midv forsure full book! Tambh2 musim cuti sekolah ni kan. Klcc n midv mesti sesak nye lah.

Sampai wangsawalk org x bp ramai, dgn harapan tercapai la impian nk tgk ombak rindu kononnye. Unfortunately, its full book. Giler la penangan ombak rindu ni. Ramai kot yg tunggu cite ni. Aku mmg tgu pun filem ni kuar bkn sbb minat kat aron aziz or pelakon lain ke tp sbb aku mmg suke novel dia. Ingat lg aku msa zmn sekolah dlu rajin bli novel & ombak rindu 1 of my collections, tp semua ntah ke mn halanye :'(


Kesian kak hani x dpt tgk cite ni. So alang2, aku bli tiket siap2 utk tyngn ptg...Punye la nk tgk jgk sampai paksa husb aku teman aku w/p aku tau dia mmg x minat lngsung tgk malay film kt cinema... But tq anyway, u temankn i w/p muka u ketat giler time tu...^____^


Filem ni awal2 lg dh buat aku leleh airmata. Serius sedih giler! Blh katakn, almost of the time aku leleh...sampai sakit2 dada aku tahan sebak! Klu x tahan kan mesti aku nangis teresak2!! Kang pelik pulak org seblh aku tu...Muahaha lawak pulak. Poyo je nangis, but who cares??? Tu la namanye perasaan. Tp kan this is 1 of my habit yg aku PALING benci...ni lah, cepat benor nangis nye..cengeng! Serius aku pun benci gak ngn habit aku yg 1 ni, tp x leh nk wat ape la... ;(

Filem ni bg aku mmg terbaikk.
Rating aku bg 5*
mmg best!!! Org lain aku x tau la nk rate bp? coz masing2 punye citarasa, ok! *___*


*pic semua adalah dr mr. Google...tq ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone4

Tuesday, November 29, 2011

~ Wedding Delime & Herry ~

What a hectic weekend i had. Phewwww.....cuti 3 hari pun x rsa mcm cuti. Org lain yg kawen aku lak yg hover...penat ok! ^___^ Last saturday me attended a solemnization ceremony for my kazen Delime sumwhere in kl. Congrats Ime & Herry!!! Majlis start sharp on 9am. Pagi giler kan. Ntah pukul berapa la pengantin bersiap utk make-up bagai.

masa ni dah settle sesi akad nikah dgn sekali lafaz. gambar msa nikah x bnyk in hand, ni pun cilok dr fb jaja. coz msa ni i x bwk cmra, hrpkn cmra hp, battery about to die la plk. hihihi
layan je la armature photographer punye cmra...nak tgu gambar dr professional nye photographer lambat lg la nk update kt cni. Tgu album siap nnt bru dpt tgk.


from left : cda, maksu lina, ct, mil, aku le, maksu mai...dpn skli tu x knl mmg sje nye le...bdk plng poyo - me'ah

Petang tu kami berjimba la ke ikea. Konon2 ade org tu teringin bebenor le mkn meatball. Tgu org yg teringin sgt mkn meatball tu sampai berejam2, so jom kite jalan2 dlu smbil cuci mata *__*

adam sorang je. maYra xjoin grup kitaorng. Dia join grup veteren gi kenduri berkhatan our relative kat Sepang ptg tu. Grup kitaorng at first mmg nk pergi, tp b4 that gi menyinggah @ Jln Tar dlu cari tudung utk wedding esok, at the end dah mls nak ke Sepang. Kim slm je lah ye ;P


Fyi, this is my 1st time having meatball at ikea. Most of them ckp meatball ikea mmg terbaikkla.
Tu yg aku pun sgt teruja nk mkn meatball.


Sedap ke? For me, boleh arr...knpe aku ckp "boleh arr" sbb at that time aku mmg lapar giler, normally aku klu lapar mmg sume bende aku ckp sedap. But not for this time. Biase je...xde la sedap giler! Ohw aku bkn penggemar meatball perhaps! Ye, aku penggemar NASI....konpem x leh duk obesi ni. Tekak org kg! Tu lah yg org slu ckp pd aku...so what?? :D

Tapi, chicken wing dia mmg sedap. Serius x cukup wehy! Kalau korng rsa biase je..x tau la ye! sbbnye, tekak masing2 kan. Bkn sume tekak sama dowh!

Budak berdua ni mmg kebuluq..sume bende sedap. Tolak batu & kayu je!

Esoknye berkampung di FRIM, Kepong. Majlis reception was held there.





Ok, pengantin dah sampai. Ime, u look so gorgeous! Suke baju pengantin, sgt cantik!




Kesian kan jd pengantin. Lama giler la nk tunggu org menepung tawar. Side lelaki dgn side pompuan lg. Teringat msa mjlis sanding aku dlu, penat wehy tunggu org nk merenjis tepung tawar bagai. Perut gua dah berkeroncong menahan kelaparan. At last, time makan beradap terus x lalu mkn, dapat masuk 2 sudu je. Sume ckp aku malu la ape la. Bknnye malu sgt pun, w/p still kene control, tp perut dh masuk angin serius x blh nk telan langsung.

Masa pengantin makan beradap, ade sesi karaoke. So sape2 rasa nk uji vokal at the same time nk dedicated lagu pd pengantin blh la tunjuk bakat. So, kazen2 sume ni pun ape lg, ambil peluang la coz sumenye mmg kaki karok! Pengantin pun sgt sporting bile diminta oleh dj utk nyanyikan sebuah lagu. :)
Aku nk nyanyi? Mmg x arr, dlm jamban blh...blh blaahhh! muahahahaha






man & cda ambik berkat...x lama lagi dh tu ^___^







model majalah mempelam *___*





selamat pengantin baru Ime & herry
semoga bahagia hingga akhir hayat, amin!