Sunday, September 27, 2009

21 Pesanan Isteri Untuk Suami

Juz wanna share an email that I have received...Something Good For Evry1..


Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra,tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang
bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di
telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang
diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok
kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan
macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak
menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.
Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan
sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau
tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong
jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa
boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali
atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,
sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi
itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan
perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul
sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil
sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang
buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri
anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan
saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya
laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang
perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok,
anda juga yang rugi!





No comments:

Post a Comment

Posted by : ija_adaMayra