Credit to
mamatisya coz sudi berkongsi resepi....
I mmg suka cheese cake, so ape lagi.....balik keje last thursday terus ajak hubby gi cr4 coz nak shop bahan2 cake. Around 93opm bermula lah operasi....
ok, here , me also wanna share the secret recipe. Then uolls can try it @ home okeh!
But b4 that, kene tgk gambar dulu....bagi semangat ckit...
hias mengikut kreativiti masing2 ye, since I tak bape nak kreatif..ni la hasilnye..
boleh aaarrr...
Pastikan ada :-
-loyang yg blh bukak dari tepi atau bawah tu (kalau takde gi la beli)~ kalau xnak beli gak, suka uols lah ye
-aluminuim foil
-pengukus
BAHAN-BAHAN
untuk lapisan coklat
200 gm majern/mentega
200 gm dark chocolate/coklat masakan
170 gm tepung gandum - diayak
30 gm serbuk koko - diayak
170gm gula halus/kastor
4 biji telur gred A
untuk lapisan cheese
250 gm cream chesse (philedelphia)
60 gm gula halus/kastor
25 ml air
1 biji telur gred A
untuk topping
300 gm coklat masakan
120 ml whipping cream
1 sudu besar majerin/mentega
untuk hiasan
buah strawberry
CARA-CARA
-panaskan pengukus siap2, loyang tu sapu le dgn majerin-cairkan majerin/mentega + coklat masakan guna kaedah double boil
-bila sudah cair ketepikan dulu
-sementara tu masukkan telur dan gula dlm mix bowl. Pu
tar sampai kembang
-kemudian,masukkan serbuk koko dan tepung sedikit demi sedikit. Kacau guna whisk ataupun spatula, jgn guna mixer lagi sbb takut kek jadi bantat
-kacau rata dan sebati sampai hilang ketul.
-then, masukkan coklat + mentega yg telah dicairkan tadi. Tuang separuh adunan ke dalam loyang. (separuh lagi ketepi kan dulu)
-Tutup dgn aluminium foil utk elakkan air menitik atas kek.
-Masukkan dlm pengukus & kukus lebih kurang 15 minit
-Sementara tggu lapisan coklat tu masak, kita buat lapisan cheese pulak.-Masukkan semua bahan utk lapisan cheese kecuali telur dlm mixer. Pukul sampai kembang baru masukkan telur, then pukul sekejap lagi.
-Tuang atas lapisan coklat yg kita kukus tadi. Tutup n kukus lagi lebih kurang 20 minit.
-Bila lapisan cheese tu dah masak, tuang pulang balance lapisan coklat tadi (kita tuang separuh je tadi kan)
-Kukus lagi dalam 20 minit.
-Dah masak biarkan sejuk
-Lastly, kita buat topping pulak. -Cairkan semua bahan2 topping guna kaedah double boil mcm tadi.
-Kacau sampai likat dan licin.
-Then, tuang ler atas kek kita yg dah masak tu..biar dia meleleh secara semulajadi.
-Hiaslah mengikut kreativiti & citarasa uols.
-Dah siap simpan dalam peti ais.
siyes...sedap!!!