Thursday, December 16, 2010

PREGNANCY

Agak lama jugak tak update kat sini, bkn bz sgt pun...cuma nye takde idea nak tulis. Ntah, lately ni pulak tetiba kering ketandusan idea. Ok, hari ni nak share petua/tips semasa mengandung, since ai sudah mempunyai adik anak 2 la uols...pls..pls..pls...kamu jgn nakal...ehhh nak mengaku adik!!!


pic - mrs. Google

Masyarakat Melayu especially, terlalu bnykla pantang larang masa pregnant ni..sometimes fed up pun ada. As for me, ikutkan aje la coz taknak dgr mak & MIL membebel...huhu. In oth words, lebih nak menjaga hati diorg sbg org tua lama yg terlebih makan garam dari kita2 ni. Bukannye ape, kadang2 terfikir ape relevannya pantang larang itu. Haissshhhh...

Macam ai, masa pregnant mmg dilarang mendengar bunyi alat muzik tradisional yg dimainkan kat istana, mcm cth ade pertabalan diraja ke yg sewaktu dgnnya, mmg diharamkan utk mendengar. Last time, kat tv ade siarkan rancangan ape ntah x hingat..tp berkenaan dgn adat2 diraja la ni, ala tunjuk masa kat balairong tu...like ada la org main alat muzik tu, siyes x ingt nama alat muzik tu, aritu hubby ada ckp but ai dah lupe sbb X penting ok. Terus hubby tukar channel lain. Ini adalah dikhuatiri anak akan dilahirkan cacat - coz ai kawin dgn keturunan diraja la konon... raja ape? raja kapor hehehe... marah hubby ai krng... "ampun tuanku!!!" ;p . Ai bukan nak percaya sgt coz semua tu kan kuasa Allah.

Ok, pantang larang ketika pregnant :-

1. Jgn belitkan tuala kat leher - dikhuatiri tali pusat anak akan terbelit.

2. Jgn potong kulit buah dari bawah, potonglah dari tangkai - dikhuatiri anak akan lahir songsang

3. Jgn bukak plastik yg bersimpul secara kasar/terkoyak - dikhuatiri anak akan dilahirkan secara ceaserian.

4. Jgn berdiri/duduk di tgh2 pintu/tangga - dikhuatiri anak susah untuk dilahirkan

5. Jgn duduk di atas akar2 kayu, jgn makan sayur/ulam jenis yg menjalar - dikhuatiri uri akan tertinggal di dlm rahim.

6. Jgn berburu haiwan (utk suami la, xtau la ai kot ada gak pompuan yg hobi berburu), jgn m'aniaya, berlaku kasar & membunuh haiwan - dikhuatiri anak cacat. Tp kalau tampar nyamuk gigit tu mcmn ek??? musykil2

7. Elakkan minuman b'kafien - kerana blh merencatkan pembesaran janin.

8. Jgn makan organ dalaman haiwan - tak sure kenapa. Tp doktor prnh advise ai mkn hati untuk tambah darah..ni lg satu, musykil2. tradisional vs saintifik!!!

9. Jaga percakapan - ini paling penting. Jgn la mulut ko tu cabul benor pun time preggy ni. (cth : wei, tgk muka dia x cantik or hye knpe muka dia berlubang ek?....cth la!) kalau ye pun, ko diam2 sudah. Ataupun ko ckpla, eeee cantiknya la hai ko siti nurhaliza...perghhhh- sekali anak ko kuar2 mcm muka ct, siyes mak tabik ngn ko nok!!! ~sbb ai always puji ct, tp muka maYra x mcm siti pun :(

okla, setakat ni...itu saje yg ai ingat.

Now, ai nak share petua/tips yg boleh diamalkan pulak, antaranya :-

1. Makan kurma, madu, buah delima, kismis, coklat - supaya anak BIJAK, insyaAllah.

2. Minum soya, susu, makan isi kelapa muda - supaya kulit anak CANTIK, insyaAllah. ok, di sini ai nak tekankan, makan kicap TIDAKLAH, diulangi TIDAKLAH akan membuat kulit anak anda hitam ye...TIDAK SAMA SEKALI...(wah marah nmpak) Bukan ape, husb ai cukup marah ai mkn kicap masa preggy maYra dulu - risau sgt kulit anak dia hitam...Alhamdulillah, maYra tidakla hitam spt yg diimpikan dijangka oleh my hubby. See, i've proved that him totally WRONG. Itu semua kuasa tuhan ye kwn2.

3. Mengamalkan membaca Al-Quran. Especially :-

*Surah Maryam dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar proses bersalin dipermudahkan, insyaAllah.

*Surah Yusuf dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar anak yang dikandung cantik, jelita, cute-mute, hensem, comel macam Nabi Yusuf as.

*Surah Lukman dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar anak yang dikandung pandai, bijaksana macam Lukman Al-Hakim.

p/s : surah2 tersebut blh juga suruh suami baca sambil memegang perut anda ye. wah romantic gitu. Ha, lg satu nk share, tips utk mengelakkan perut ade strect mark n berdaki/hitam tu, minta suami sapukan lotion pada perut anda ye...tangan suami kan lebih afdal. InsyaAllah mujarab.

4. Ketika kandungan berusia 5bulan ke atas, perdengarkanlah muzik/lagu kepadanya (tak kira la lagu nasyid ke, bacaan suci ayat Quran ke, lagu sentimental pun ok- as long dapat meransang sel2 otak bayi yg sedang berkembang supaya bijak. Kalau kau minat lagu rock pun ok gak, mana la tau esok besar anak kau blh jadi cam amy search ke plg koman pun black-mentor tu...hahaha

5. Sentiasa bercakap/bersembang dgn bayi anda dalam kandungan lagi kerana dia sentiasa mendengar anda. (tiba2 rindu nak mengandung lgi...hadoyai- No,no,no!) Serius, masa 1st time preggy mmg excited giler la especially masa baby start kicking. 2nd time pun ai tetap excited okeh!(nanti bila adam besar dia terrrrbaca la blog mama dia ni-sentap pulak)

Hakikatnya, selagi ia sekadar petua/tips mahupun pantang larang yang tidak memudaratkan dan tidak menyalahi hukum ISLAM, ia boleh diamalkan bertujuan mewujudkan rasa selesa atau yakin pada bakal ibu. Yang penting, berdoalah supaya anak yg bakal dilahirkan nanti sihat, sempurna dan soleh serta solehah-berjaya di dunia & akhirat. InsyaAllah.

Kebaikan wanita apabila bakal menjadi ibu dan yg telah menjadi ibu, menurut Islam.

*Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

*Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

*Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

*Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

* Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

*2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

*Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

* Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

*Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

* Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

* Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

* Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.


Oleh itu, Selamat Mengandung ye kawan2...(eh!!! adeke ucapan slmt mengandung?) arghh belasah je.

Entry ni khas buat my BFF - YES! nurul and dila - m0m-to-be *wink*

p/s : zEEra, u bila lagi?



3 comments:

  1. sukanya baca entry kak ija yang nih. hmm, bila la saya boleh merasa keadaan tu.. tskkk :'(

    ReplyDelete
  2. che pah, insyaAllah someday ok. I pray 4 u my dear. Usaha tangga kejayaan. Eh, xnakla..naik tangga lambat sgt, "usaha LIF kejayaan" ek. ;)

    ReplyDelete
  3. haipp!!! kenapa nama aku di situ??

    insyallah

    junior kami akan tiba

    Go Azeera Go!! ;p

    ReplyDelete

Posted by : ija_adaMayra