Friday, July 19, 2013

Baked Macaroni Cheese

Alhamdulillah hari ini sudah pun masuk 10 Ramadhan and Thanx God It's Friday uollss!

So, today nak copy paste resepi Baked Macaroni Cheese dlm blog ni. In case bila2 nak buat boleh refer.
Both mayra & adam mmg suka cheese so ingat nnt nk try buat kt rumah.

Jom check-it out bahan2 resepi.  1st try kami baked @ office pg td. My officemate la yg google resepi ni & last wednesday kitorg gi cari bahan @ Carrefour, Alamanda.



Ni adalah antara bahan2 yg sempat di'snap'

BAHAN-BAHAN

250 gm Macaroni
4 ulas bawang putih (dimayang nipis)
Daging cincang (Ramly burger) - agak2la bnyk mn korang nak
1 tin mushroom soup Campbells
5 keping cheesedale
1 cawan air
3 biji ubi kentang (direbus bersama kulit, kupas kulit & dipotong dadu)
2 biji telur
1 tin button mushroom - dipotong kecil
1 biji bawang besar Holland - dipotong dadu
sedikit butter utk menumis - minyak masak pun blh guna
sedikit butter utk sapu pd loyang
100 gm cheese mozarella - utk ditabur
secubit rosemary
secubit oregano 


CARA-CARA



1. Rebuskan macaroni hingga lembut.
2. Panaskan minyak/butter & tumis bawang puti sampai naik bau.
3. Masukkan daging cincang. Kacau sehingga masak.
4. Masukkan 1 tin mushroom soup + 1 cawan air dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan 5 keping cheesedale, tunggu sehingga dia cair  then kacau.
6. Masukkan ubi kentang yg dipotong dadu, bawang besar yg dipotong dadu dan mushroom yg dipotong tadi. Kacau sebati.
7. Masukkan secubit rosemary & oregano. Kacau & tutup api.
8. Masukkan macaroni yg direbus dan telah ditos. Kacau rata.
9. Masukkan telur dan kacau hingga sebati. -Telur berfungsi sebagai gam utk melekatkan bahan2.
10. Pre-heat oven 10 min, 160 degree & api atas bawah.
11. Sapukan butter pd loyang.



12. Tuangkan semua adunan macaroni td ke dlm loyang dan mampatkan.


13. Then taburkan mozarella cheese.


14. Bakar dlm oven selama 40 - 45 minit . 160 degree, api atas bawah.


Tadaaaaa...hasilnya. Waaaalaaaaaa... Baunya sgt harum & sedap...Seriusss. Nasib puasa kalau x dh lama ngap!! Hahahahaha..bwk balik sorang ckit  utk berbuka nanti k.

No comments:

Post a Comment

Posted by : ija_adaMayra