Friday, July 12, 2013

Resepi Pavlova

Salam 3 Ramadhan

Today nak share resepi Pavlova yg aku buat 2 bulan lepas. *skrg baru nak update kan. adoi teruk betul..hahaha - better than nothing k! 
Resepi ni aku google je kat internet. Bahan2nye mmg sikit & nak buat pun sgt mudah.









BAHAN - BAHAN

Meringue
5 Putih Telur
3/4 cwn Caster Sugar *Boleh kurangkan lg kpd 1/2 cawan if x suka manis.
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil esen vanilla *utk hilangkan hanyir putih telur.

Hiasan
Whip cream 250g
Strawberry/Kiwi
  
CARA-CARA

Meringue
1. Pukul 5 putih telur sehingga berbuih dgn m'gunakan mixer.
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan bertanduk, means bila kita terbalikkan meringue tu, ia tak jatuh dari bks mixer tu ok.
5. Letakkan baking paper on top of baking tray.
6. Bentukkan meringue menjadi bulat.
7. Then, bakar selama 30 hingga 40 minit dgn suhu 170 degree C.
(pre-heat dulu oven tu k).
8. Bila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.

Hiasan
1. Pukul whip cream dgn m'gunakan mixer sampai ia jadi kental lbh kurang 10-15 min.
2. Hias dengan strawberry & kiwi atau apa-apa buah yang masam. Ini adalah kerana utk balance kan rasa meringue yg manis tu.


DONE!




erm sedap! Letak dlm fridge lg sedap :)

No comments:

Post a Comment

Posted by : ija_adaMayra